Saturday, July 21, 2018

kesah seorang boss

Alkesah, ada seorang boss.

Di suatu pagi di hujung minggu, di kala boss sedang bercuti, boss terima khabar ada timbul masalah di tempat kerja. Masalah itu bukan masalah baru, kadang2 memang boleh berlaku. Tetapi selain dari itu, boss diberitahu ada juga masalah kedua yang telah timbul, yang berpunca akibat dari kecuaian anak2 buah boss.
Boss naik angin lah.
Boss mulalah membebel. "Aku dah cakap kat diorang ni berkali2, jangan buat begitu, jangan buat begini. Budak2 ni degil juga. Tak mahu dengar cakap aku. Tak percaya cakap aku. Sekarang dah jadi macam ni. Aku jugak kena pergi selesaikan."
Suami boss yang mendengar di rumah itu mengangguk2 saja melihat boss bersiap2.
"Awak bersiap ni nak ke tempat kerjakah?"
"Yelah, saya nak basuh diorang cukup2!" dengus boss penuh marah.


Selesai bersiap, boss seperti biasa mencium tangan suaminya sebelum keluar. Kemudian dia singgah di bilik mak mertuanya yang kebetulan datang melawat dari kampung. Niat nak beritahu mak, dia terpaksa keluar bekerja pula.
Boss selalu mengingatkan suaminya, orang boleh kata suami itu "boss" kepada isteri, (atau isteri itu boss kepada suami - sukahatilah) tetapi mak tetap big boss kepada kedua2nya.

Tiba di bilik, dilihatnya mak sedang bersolat. Masa itu pukul 10 pagi.
Mula2 boss pelik, tapi terus teringat. Oh, mak solat dhuha.
Tiba2 boss insaf.
Baik boss ambil wudhu dan solat dhuha dulu. Sudahlah pada waktu hari2 bekerja boss memang jarang dapat solat dhuha.

Selepas solat, hati boss automatik tenang.
Boss tukar niat. Baik dia pergi kerja untuk cuba selesaikan masalah yang timbul itu dulu. Kemudian baru dia akan tegur dan tangani isu kecuaian anak buahnya itu. Boss tanam azam akan cuba tangani dengan berhemah dan profesional, tapi tetap tegas. Marah2 sahaja tak ada gunanya. Jiwa boss juga yang bertambah stress.

Boss bersyukur sebelum keluar bekerja dia sempat diingatkan bahawa walaupun dia seorang boss, ada yang lagi boss dari boss2 dan big boss.
Dialah the Almighty Boss, dan kepadaNya lah kita berharap, kepadaNya lah kita berserah.



No comments: